HADIS

  • Saat doa dimakbulkan pada Jumaat

    Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya); Sesungguhnya pada (hari) Jumaat ada suatu saat tidaklah menemuinya seorang lelaki muslim berdiri solat memohon kebaikan kepada Allah padanya (pada saat itu) melainkan Dia akan mengabulkannya. Dan baginda mempersedikitkannya (saat itu) dengan (isyarat) tangannya.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 193.

  • Khatib menghadap jemaah ketika berkhutbah

    Daripada Adiyy bin Tsabit daripada bapanya, berkata: Adalah Nabi SAW apabila berdiri di atas mimbar, sahabat-sahabatnya menyambutnya dengan wajah-wajah mereka.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 193.

  • Dilarang halaqah sebelum selesai Jumaat

    Daripada Amru bin Syu’aib, daripada bapanya, daripada datuknya: Bahawa Rasulullah SAW melarang membuat halaqah di masjid pada hari Jumaat, sebelum solat (selesai).

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 192.

  • Solat selepas Jumaat

    Daripada Abdullah bin Umar, bahawa dia jika telah selesai solat Jumaat dia beredar, maka dia solat dua sujud (dalam maksud – dua rakaat) di rumahnya, kemudian dia berkata: Adalah Rasulullah SAW melakukan yang demikian itu.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 191.

  • Solat sebelum Jumaat

    Daripada Ibnu Abbas berkata: Adalah Rasulullah SAW rukuk (mengerjakan solat) sebelum (solat) Jumaat empat kali (empat rakaat), tidak memisahkan pada sesuatu daripadanya (dalam maksud – secara bersambung).

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 191.

  • Tinggal solat Jumaat

    Daripada Abu al-Ja’d adh-Dhamriy – dia pernah bertemu Nabi SAW – dia berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa meninggalkan Jumaat sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, hatinya akan ditutup.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 191.

  • Penduduk Quba solat Jumaat

    Daripada Ibnu Umar berkata: Sesungguhnya penduduk Quba melaksanakan solat Jumaat bersama Rasulullah SAW pada hari Jumaat.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 190.

  • Satu rakaat daripada Jumaat

    Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

    مَنْ أَدْرَكَ مِنَ الْجُمُعَةِ رَكْعَةً فَلْيَصِلْ إِلَيْهَا أُخْرَى

    (Mafhumnya: Sesiapa mendapatkan daripada [solat] Jumaat satu rakaat, maka hendaklah dia sambung padanya [rakaat] yang lain).

    HURAIAN

    Terjemahan فَلْيَصِلْ إِلَيْهَا أُخْرَى dalam Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah: Maka hendaklah dia genapkan.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 190.

  • Bacaan dalam solat Jumaat

    Daripada Ubaidullah bin Abu Rafi’ berkata: Marwan mewakilkan kota Madinah kepada Abu Hurairah, maka dia keluar ke Makkah. Maka, di hari Jumaat Abu Hurairah solat bersama kami. Maka, dia membaca surah al-Jumuah pada as-sajdah (rakaat) awal, dan pada (rakaat) yang akhir (membaca) Idzaa jaa_akal munaafiquun. Ubaidullah berkata: maka saya menemui Abu Hurairah ketika beredar, maka saya berkata kepadanya, sesungguhnya anda membaca dua surah sebagaimana Ali membaca dengan kedua-duanya di Kufah. Maka, Abu Hurairah berkata: Sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW membaca dengan kedua-duanya.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 189.

  • Nabi diadukan hajat keperluan apabila turun dari mimbar

    Daripada Anas bin Malik: Bahawa Nabi SAW diadukan mengenai hajat keperluan apabila turun dari mimbar di hari Jumaat.

    Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah,189.