Hadis Nabi asalnya sebagai rujukan pantas peribadi, selain menyampaikan pengetahuan kepada khalayak, agar dapat menambah kefahaman mengenai sesuatu persoalan dalam pelbagai aspek terutama tatacara kehidupan harian, sekali gus membawa keselamatan dunia dan akhirat.
Ia menampilkan hadis dipilih daripada beberapa buku yang berkesempatan diperhatikan. Bagaimanapun terjemahannya tidak disalin secara langsung begitu saja, sebaliknya diteliti terlebih dahulu termasuk pada lafaznya, kemudian difikir-fikir atau dipertimbangkan, bagi memastikan yang ditulis dalam blog/laman ini tepat dengan kalimat atau lafaz asal hadis, kerana ini dapat menambahkan keyakinan, selain memudahkan dalam proses mengingati lafaz hadis (dalam Arab).
Cara penulisan ini digandingkan dengan sedikit-sebanyak pengetahuan diperoleh dari zaman belajar dan pengalaman bekerja, ertinya tidak mengikut membuta-tuli daripada orang lain atau seperti kata mengikat tangan, membekukan otak dan mengikut saja apa orang kata, apa orang tulis dan apa orang cetak, padahal tidak semuanya terselamat daripada kesilapan. Oleh kerana prosesnya tidak mudah, maka kandungannya tidaklah banyak seperti di web lain.
Walaupun sedikit, ia umpama tinta emas yang sangat berharga. Justeru kandungannya tidak dibenarkan sama sekali untuk disalah guna atau mengabui mata masyarakat, kepentingan duniawi, politik kebendaan dan sebagainya yang tidak wajar.
Anda, saudara/saudari yang mengikutinya, semoga mendapat manfaat, setidak-tidaknya pahala kebaikan walaupun cuma beberapa saat menatapinya. Dan sekiranya anda ingin memberikan tip (bukan derma tapi pemberian penghargaan) boleh dibuat melalui akaun Maybank penyedia kandungan: 112268161516
* Blog ini masih di peringkat percubaan.

IDRIS MUSA
BA Pengajian Islam (Bahasa/Sastera Arab) UKM.
Bekas wartawan, ketua biro HM Putrajaya/pengurus NSTP Putrajaya, penulis khas di NSTP.
Emel: khaliffa1024@gmail.com
